KENAPA PERLU TAKUT DENGAN INSURANS AGENT?

14 June 2016 - Posted by hasif maheran at 10:47

Pesakit akan berjumpa doktor sekiranya sakit,
Peniaga kecil perlukan akauntan untuk audit cukai,
Tapi Semua orang termasuk doktor, akauntan dan semua profesion perlukan sekurang-kurangnya seorang insurans/ takaful agent.
Kami juga bekerja seperti anda, mencari rezeki yang halal.
Tugas utama kami sebagai agent adalah untuk memastikan orang ramai mempunyai perlindungan pendapatan dan perubatan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.
Anda rasa sumbangan untuk polisi terlalu mahal? Jadi, bincang dengan agent anda bagaimana untuk menbuka akaun takaful dengan sumbangan yang bersesuaian dengan anda?
Jadi kenapa perlu takut dengan insurans/ takaful agent?
Hasif maheran
012-6190465
‪#‎etiqa‬ ‪#‎takaful‬

Kenali Hasif Maheran

20 April 2016 - Posted by hasif maheran at 10:44


Hasif Maheran

Assalamualaikum w.b.t

Muhammad Hasif bin Maheran, bukan sesiapa, tidak ternama, bukan 'Superman', 'Batman' mahupun 'Ironman', hanya seorang insan biasa yang suka makan dadih dan mengenali lebih ramai rakan-rakan baru.

Memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan di UiTM Arau, Perlis. Pernah bekerja sebagai pembantu kedai di sebuah kedai perabot dan juga sebagai seorang kelendan lori. Betul, memang lari dari bidang yang di pelajari, namun percaya bahawa pengalaman mematangkan fikiran.

Mula menceburi bidang Insurans dan Takaful sebagai penasihat kewangan setelah melihat kepada kos rawatan ayah sendiri yang memerlukan anatara RM 4000 ke RM 5000 sebulan. Berkerja sebagai seorang penasihat kewangan memberi peluang kepada aku untuk sampaikan kepentingan untuk memiliki akaun Takaful ketika waktu sihat.

Menjadikan blog ini sebagai 'platform' untuk mereka di luar sana terutamanya umat Islam untuk lebih memahami dan meletakkan Takaful sebagai satu keperluan hidup dan bukannya kehendak.

Moga blog ini dapat membantu anda di luar sana.






Followers